Bidang kerjaya Ijazah sarjana muda kerja sosial

15:42:00

Dalam entry saya yang pertama saya ada menceritakan tentang Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan di bawah fakulti sains kemasyarakatan . Saya nak bercerita panjang tentang Ijazah Kerja Sosial saya tidak tahu kerana saya bukan di bidang ini . saya berikan artikel tentang ijazah ini.
Assalamualaikum,
Terpanggil untuk tulis tentang profession kerja sosial di Malaysia yang belum lagi dikenali. Kalau ramai orang tidak merasakan pentingnya profession farmasi, apatah lagilah profession kerja sosial.. kan?
Kalau korang nak tahu, profession kerja sosial ni ada di jabatan kebajikan, hospital, badan bukan kerajaan, dan kalau di jabatan kerajaan lebih dikenali sebagai pegawai pembangunan masyarakat (tetapi bidang kerja agak terhad)
Sebelum tu, pekerja sosial dan sukarelawan adalah perkara yang berbeza. Sukarelawan adalah individu atau kumpulan yang melakukan kerja tanpa memerlukan sebarang kelayakan tentu serta sukarela. Manakala pekerja sosial memerlukan kelayakan tertentu sekurang-kurangnya mempunyai Ijazah sarjana muda kerja sosial(Ia terpulang pada sesebuah negara). Ini kerana seorang pekerja sosial haruslah mempunyai nilai & etika, pengetahuan serta kemahiran. Sama seperti profession lain seperti doktor, ahli farmasi, peguam dan sbgainya.
Untuk menjadi pekerja sosial, akta pekerja sosial perlu diwujudkan di negara untuk melindungi profession dan individu serta kumpulan yang menerima perkhidmatan. Ia bermaksud, pekerja sosial memerlukan lesen untuk ditauliahkan sebagai pekerja sosial. (kalau pekerja sosial tu tidak beretika lesen boleh ditarik)
Pekerja sosial ni dah diguna pakai secara meluas di negara-negara maju seperti Amerika, Canada, Australia, Eropah, Hong kong, Korea Selatan, Jepun dan juga di negara-negara membangun seperti Filipina dll.
Bagaimana pekerja sosial boleh membantu anda?
Pekerja sosial merupakan profession yang terlibat dan bekerjasama dengan professional lain atau secara terus dengan klien dan terpulang kepada setting atau pengkhususan kerja mereka.
Pekerja sosial yang berkerja di bawah agensi kebajikan kanak-kanak (kerajaan atau bukan kerajaan) akan menyiasat kes keganasan atau penderaan kanak-kanak serta mengambil langkah sewajarnya seperti perlindungan, tindakan perundangan & sebagainya. Pekerja sosial juga akan bertangungjawab mencari penjaga yang sesuai buat sementara waktu untuk memantau kanak-kanak yang di letakkan di bawah penjagaan dan perlindungan dari agensi. (Contohnya kes di Sweden) Kerja sosial ini juga diaplikasikan mengikut budaya dan amalan sesebuah masyarakat dan kaedahya berbeza di setiap negara. Skop kerja dibawah agensi seperti ini tidaklah terhad kepada perlindungan tetapi juga melihat kepada keperluan kanak-kanak di negara mengikut ratifikasi UN (hak asasi kanak-kanak) yang dipersetujui oleh sesebuah negara.
Pekerja sosial di sekolah pula membantu pelajar untuk menyesuaikan diri di persekitaran sekolah. disamping mencegah kes buli, poteng sekolah dan masalah pembelajaran. Kaedahnya, guru akan membawa pelajar untuk dirujuk kepada pekerja sosial sekolah untuk mengenal pasti apa yang berlaku. Ok disini apa bezanya peranan pekerja sosial dan kaunselor? Pekerja sosial yang boleh melakukan lawatan di rumah dan peranan kaunselour hanya terhad kepada one to one. Sebagai contoh, pelajar ponteng sekolah dimana punca dan sebab dikesan bukan sahaja daripada persekitaran sekolah,malah tempat tinggal, keadaan kewangan, tahap kognitif, masalah pembelajaran(dylexia,adhd dll) yang menyebabkan pelajar tersebut ponteng dan sebagainya. Skop kerja juga hanya tidak terhad kepada masalah tingkah laku dan masalah pembelajaran, penambahbaikan mutu pembelajaran dan pengajaran sesebuah sekolah melalui penglibatan komuniti, ibu bapa dan sebagainya.
Di hospital pula pekerja sosial merupakan ahli dalam membantu klien semasa proses rawatan. Okay, kalau sebelum ini untuk pesakit strok, pesakit memerlukan perkhidmatan professional lain seperti doktor, jururawat, ahli physio, farmasi, terapi petuturan semasa proses rawatan dan apa pula peranan pekerja sosial?
Disini peranan pekerja sosial sebagai pengurus kes dimana bagaimana pesakit mendapatkan rawatan secara maksimum, membantu ahli keluarga mendapatkan bantuan kewangan (sekiranya memerlukan), menterjemahkan bahasa perubatan supaya lebih difahami, dan sekiranya pesakit tersebut discharge, pekerja sosial akan merangka dan menghubungkan rawatan lain yang boleh membantu proses pemulihan pesakit. (setiap keputusan adalah perbincangan di antara ahli keluarga dan pesakit) Formula dia, bila orang sakit, semua perkara akan berkait, contohnya hilang pekerjaan, masalah kewangan, penjagaan, tekanan ahli keluarga semasa tempoh penjagaan akan di lihat keperluan setiap sistem oleh pekerja sosial.
Itu antara tugas pekerja sosial. Banyak lagi tugas pekerja sosial dalam bidang-bidang mengikut bidang dan kepakaran mereka. antaranya pekerja sosial di sektor penjara, polis, komuniti, perundangan, dan sebagainya. Boleh cari maklumat lanjut di http://www.socialworktoday.com/. Malaysia pun ada http://www.masw.org.my/ cuma nak impliment memerlukan akta. Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca.
– Zulaikha

sumber : http://iiumc.com/kerjaya-pekerja-sosial-pula/

diharapkan dapat membantu dalam adik adik untuk membuat pilihan ke alam universiti . selamat berjaya !

You Might Also Like

4 budak baik

  1. macam cikja under bachelor science jgk, human resource development. meluas bidang science social ni insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang bagus ni.
    KAt Malaysia ada ke pekerja sosial? Belom pernah jumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kaklong , dekat malaysia jawatan yang dipegang tak panggil pekerja sosial . ada namanya tersendiri . tp , untuk kerja dalam bidang tu perlu ada ijazah dalam kerja sosial . sekarang dah banyak uni yang tawarkan kos nih.

      Delete
  3. Nice sharing ^^ sy dtg nk jmput join giveaway ni :) http://akhalilah.blogspot.my/2017/05/giveaway-by-butik-julita-anje-saya-nak.html?m=1

    ReplyDelete

Terima kasih sebab sudi membaca :)
Komen anda, amat saya hargai .

728 x 90